Muke aku bile da penat ...=')
Hari Sabtu lepas jee abis kawad kaki mase Hari Sukan sekolah , aku suruh budak-2 ni balik tapi nak dengar KRS menang punye pasal tunggu la jugak . Aku pon da tak saba gile nak gerak Jelotong Laut(Pontian) nak jumpa bakal pengantin yang hensem, abang NEAT. HAHA(!). Bile dah penat ,err semua bende jadi kelam kabut, pulak tuh aq balik rumah je sedare aku pulak ade kat rumah ,maen ngan APIP je da setengah jam ,lepas aku da siap-2 nak gerak 1 bende aq lupe bawak bile da kat rumah PAAN. Haizzz~. Ejall lah kesian kene balik bende yang aku lupe bawak >> TRIPOD ! Yang bestnye aku bawak lapan ringgit je gi sane . HEHE . Bile lapa paw membe la ape lagi .
Bile kat bus stop memilih pulak tu nak bas yang lawa jer, bile tengok jam macam tak sempat nak sampai tepat pada waktu, nak tak nak naek jugak lah bas buruk colour oren . HAHAHA. Hamek kau sorang-2 pening nak muntah bas tu goyang-2 + memekak cam enjin pasar malam . Tenga boring-2 dalam bas Paan sengal kacau dak perempuan(muke biase-2 je) sampai la dak perempuan tu malas nak layan die .Bile da sampai terminal LARKIN kami teros gi makan sebab semue kebulor cam nak ape lagi-2 aku . HAHA.
Khusyuk call ANA . :)
Time to eat !
Smpai je kat tempat makan nih teros snap-2 lepas order air . Air aku bayar yang lebihnya dorang belanje . HEHE. Sementare tunggu Kak Azza(Cikgu Akma) sampai kiteorang gi solat kat masjid An-Nur dekat ngan food court nih . Lepas solat jer teros pegi jumpe Kak Azza dengan membe die. Kiteorang saing Kak Azza ikot balik Pontian . Dia EXPERT tentang Pontian nih, maklumlah anak jati Pontian. Amek mase 45min jugak la nak sampai Pontian dari Larkin . Macam-2 gaye aku buat mase tido nak selesa punye pasal .
Bile da sampai kat perhentian bas kat Pontian , brader-2 yang bawak teksi da pelik je tengok kiteorang bb kami cam orang jakon kat sane . HAHA , sampai pakcik teksi tu cakap : korang dari London ke ? == . Bile da sampai kat Jelutong Laut kene jalan kaki nak sampai kat rumah Kak Azza (xdela jaoh sangat) tapi gelap gile baii . Seram kot jalan sorang-2 ka situ . Sampai je rumah Kak Azza nampak bapak die dgn gaye yang sporting (mmg sporting pon). Adik die Fitri muke teging gile bile kiteorang datang rupenye mamat nih pon same je dgn kami (layan kepale). Dapat je bilik abang NEAT semue kepenatan , sebelom kiteorg rilek-2 . Kite snappp dulu ...
Muke semue berminyak xD
Sampai jer kiteorang mandi then lepak luar ngan keluarga pengantin lelaki . Lepas makan kiteorang masuk bilik . Kebetulan abang NEAT masuk , macam-2 tips die aja untuk pikat perempuan .
Part 1 :
-Lelaki mesti ikhlas
-Lelaki mesti jujur
Part 2 :
-Care kene cantik
-Hati mau baik
-Sabar kene lebih
Macam-2 diorang tanye pasal awek masing-2 lagi-2 ejall ngan capik bersemangat gilee . Aku tanye lah dgn abang tuh , ade ke perempuan yg suke kat laki yang pemalu nih ? Abang tu cakap ,ade sesetengah perempuan yg suke lelaki yg cam tuh , lege aku dengar . HEHE. Dengar abang tu citer sampai 5 kali sangap sebab da pukol 1.30 pagi . Abang bile nak stop nih !!! -.- .
Lepas da habis abang tu bercerite kiteorang tidor kat ruang tamu beramai-ramai, lepas setengah jam masing-2 mule bersukan (tepuk nyamuk). HAHAHA . Bangun pagi semue muke ketat je sebab begaduh ngan nyamuk . Lepas da siap-2 mandi Paan diberi tugas berat iaitu menjadi pengapit pengantin .
Die ni ape pon x bole -.-
Paan sebagai pengapit pengantin tak habis-2 kene maki ngan tuan rumah sebab bukan die payungkan pengantin , dia payungkan diri sendiri sbb dia panas . Sengal . Semua kene angkat barang hantaran aku je rilek amik gamba . peace :) Yang bestnye takde orang maen kompang juz bukak mp3 .
Kalau aku nak cite panjang sangat . Sampai sini je kodd . Kalau rajin aku update lagi . Bye :*
Friday, 9 December 2011
Monday, 27 June 2011
Terima Kasih Cikgu !
Kasut kat atas tu aku dapat sebagai hadiah kerana markah essay PHYSIC paling tinggi , HEHE : )
Nak bace tak karangannya ? Nak kan ? Meh tengok bawah ni pulak ~
Tajuk : Gabungkan unsur CHEMISTRY,BIOLOGY & PHYSICS pada hari sukan
di dalam Bahasa Melayu :P
Pada Sabtu yang lepas , sekolah saya iaitu SMK Seri Kota Puteri 2 telah mengadakan hari sukan dengan pelbagai acara yang menarik . Ramai pelajar menyertai acara sukan untuk mendapatkan pingat emas.
Sebelum memulakan acara lumba lari rakan saya , Taufik telah diberikan sedikit glukosa ,minuman isotonik ,dan pisang untuk menambahkan tenaga dalam acara lumba lari . Selepas selesai , Taufiq bersedia untuk memecut dan dia menyedut sedikit oksigen kerana terlalu gementar .
Wisel dibunyikan dan Taufiq memecut lalu meninggalkan peserta-peserta yang lain . Tiba-tiba di pertengahan perjalanan pecutannya semakin berkurang dan dia jatuh di atas padang rumput yang sedang menghasilkan fotosintesis . Taufiq terjatuh kerana bisep dan trisepnya telah kejang kerana terlupa untuk "WARM UP" sebelum memulakan acara.
Cikgu Pushpa pergi ke arah Taufiq untuk melihat keadaannya dengan lebih dekat kerana matanya kurang jelas kerana dia memakai "CONCAVE LENS" . Dia segera menelefon Ambulans yang telah menghasilkan gelombang bunyi. Ambulans sampai dengan segera dan Taufiq dimasukkan ke dalam Ambulans.
Ambulans itu memecut dengan lajunya lalu berhenti ketika lampu isyarat merah yang menyebabkan berlakunya inertia kepada penumpang di dalam Ambulans itu .Ambulans itu terus memcut dan tiba-tiba berlaku kemlangan. Ambulans itu dilanggar oleh sebuah lori yang menyebabkan momentum yang dahsyat.
Akhirnya ,semua di dalam Ambulans itu mati dan ibu Taufiq menangis dengan air matanya yang berasa KMnO4. TAMAT....:)
Begitulah cerita yang aku buat dengan keadaan kelam kabut sebab nk pegi karnival kemahiran kat PERSADA . Kalau x pegi sane mungkin lagi baik kot dari atas tuu . =')