Kasut kat atas tu aku dapat sebagai hadiah kerana markah essay PHYSIC paling tinggi , HEHE : )
Nak bace tak karangannya ? Nak kan ? Meh tengok bawah ni pulak ~
Tajuk : Gabungkan unsur CHEMISTRY,BIOLOGY & PHYSICS pada hari sukan
di dalam Bahasa Melayu :P
Pada Sabtu yang lepas , sekolah saya iaitu SMK Seri Kota Puteri 2 telah mengadakan hari sukan dengan pelbagai acara yang menarik . Ramai pelajar menyertai acara sukan untuk mendapatkan pingat emas.
Sebelum memulakan acara lumba lari rakan saya , Taufik telah diberikan sedikit glukosa ,minuman isotonik ,dan pisang untuk menambahkan tenaga dalam acara lumba lari . Selepas selesai , Taufiq bersedia untuk memecut dan dia menyedut sedikit oksigen kerana terlalu gementar .
Wisel dibunyikan dan Taufiq memecut lalu meninggalkan peserta-peserta yang lain . Tiba-tiba di pertengahan perjalanan pecutannya semakin berkurang dan dia jatuh di atas padang rumput yang sedang menghasilkan fotosintesis . Taufiq terjatuh kerana bisep dan trisepnya telah kejang kerana terlupa untuk "WARM UP" sebelum memulakan acara.
Cikgu Pushpa pergi ke arah Taufiq untuk melihat keadaannya dengan lebih dekat kerana matanya kurang jelas kerana dia memakai "CONCAVE LENS" . Dia segera menelefon Ambulans yang telah menghasilkan gelombang bunyi. Ambulans sampai dengan segera dan Taufiq dimasukkan ke dalam Ambulans.
Ambulans itu memecut dengan lajunya lalu berhenti ketika lampu isyarat merah yang menyebabkan berlakunya inertia kepada penumpang di dalam Ambulans itu .Ambulans itu terus memcut dan tiba-tiba berlaku kemlangan. Ambulans itu dilanggar oleh sebuah lori yang menyebabkan momentum yang dahsyat.
Akhirnya ,semua di dalam Ambulans itu mati dan ibu Taufiq menangis dengan air matanya yang berasa KMnO4. TAMAT....:)
Begitulah cerita yang aku buat dengan keadaan kelam kabut sebab nk pegi karnival kemahiran kat PERSADA . Kalau x pegi sane mungkin lagi baik kot dari atas tuu . =')
2 comments:
perh playsing siot kasut dia. hahah
Air max plak tu hehe
xD
Post a Comment